6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (25-29 Mac 2024)

720

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (26 Mac 2024):

Data Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Data tinjauan isi rumah di Amerika ini akan menilai tahap keyakinan kewangan yang boleh menjadi indikator terhadap perbelanjaan dan keseluruhan aktiviti ekonomi. Bacaan terbaru untuk bulan Mac ini diramalkan tidak menunjukkan perubahan besar pada angka bulan sebelumnya.

RABU (27 Mac 2024):

Data Inflasi Australia (8.30 Malam) – Akan menjadi ‘kompas’ dalam hala tuju penepatan dasar oleh bank pusat Australia, bacaan data indeks harga pengguna yang terbaru ini akan diperhatikan. Pasaran bakal menjangkakan berlaku peningkatan pada kadar inflasi Februari.

KHAMIS (28 Mac 2024):

Data KDNK Kanada (8.30 Malam) – Pertumbuhan bulanan ekonomi Kanada dijangka meningkat positif untuk Januari yang menunjukkan dasar monetari yang diterapkan adalah bersesuaian. Situasi ini boleh memberi kesan peningkatan terhadap nilai mata wang Loonie.

Data KDNK AS (8.30 Malam) – Bacaan terakhir untuk pertumbuhan ekonomi Amerika untuk suku terakhir 2023 lalu diramalkan kekal tidak berubah di paras 3.2% seperti bacaan sebelum ini. Sebarang perubahan angka boleh beri kesan ketara terhadap pergerakan US dolar.

Data Jualan Rumah AS (10.00 Malam) – Sektor perumahan di Amerika perlu diperhatikan pelabur yang boleh menyumbang kesan yang besar terhadap perkembangan kesihatan ekonomi semasa.

JUMAAT (29 Mac 2024):

Data Indeks PCE AS (8.30 Malam) – Menjadi salah satu komponen inflasi yang diberikan tumpuan oleh Federal Reserve (Fed), data yang memfokuskan perbelanjaan peribadi pengguna ini akan menilai inflasi semasa yang boleh mempengaruhi keputusan perubahan kadar faedah di masa hadapan. US dolar akan menerima impak pada dagangan penutup minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat