6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27 Jun – 1 Julai 2022)

734

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Isnin 8.30 Malam): Pelabur bakal berwaspada terhadap terbitan data ekonomi Amerika Syarikat di awal minggu ini dengan tekanan inflasi yang menjangkakan bacaan angka yang lemah boleh menjadi pemacu arah pergerakan harga menuju sehingga ke penghujung minggu buat US dolar.

Data Keyakinan Pengguna AS (Selasa 10.00 Malam): Data tinjauan isi rumah di Amerika Syarikat ini mengukur tahap kewangan pengguna bagi penilaian situasi aktiviti ekonomi semasa yang turut akan mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Rabu 8.30 Malam): Bacaan akhir bagi pertumbuhan ekonomi AS untuk suku pertama kekal diramalkan tidak banyak perubahan selepas menguncup ke paras -1.5% pada bacaan sebelum ini.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 2.00 Petang): Selepas keputusan mesyuarat polisi bank pusat serta data inflasi menjadi tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini, pelabur akan memberi tumpuan pula pada data pertumbuhan ekonomi UK menerusi bacaan akhir KDNK untuk suku pertama yang baka diterbitkan minggu ini.

Indeks Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Khamis 8.30 Malam): Turut memberi petunjuk bagi inflasi di AS, perbelanjaan peribadi pengguna bakal diberi perhatian juga oleh bank pusat dalam penetapan dasar monetari mereka. Peningkatan pada angka bacaan boleh turut mendorong pengukuhan US dolar.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 10.00 Malam): Peningkatan pada bacaan bulan sebelumnya menunjukkan aktiviti pembuatan di AS adalah baik setelah angka yang diterbitkan mengatasi jangkaan, namun adakah bacaan terbaru mampu mengekalkan momentum positif tersebut?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat