6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (3-7 Januari 2022)

853

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Selasa 11.00 Malam): Sektor ekonomi Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan menerima tekanan oleh penularan varian coronavirus Omicron. Sektor pembuatan AS dijangka catat bacaan sedikit menurun untuk tinjauan terbaru.

Laporan Data Pekerjaan ADP NFP AS (Rabu 9.15 Malam): Pertambahan pekerjaan di AS untuk sektor swasta bagi bulan Disember 2021 diramalkan menyusut lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk terbitan laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Pelabur akan meneliti butiran lanjut dalam minit mesyuarat FOMC lalu selepas Federal Reserve (Fed) mengumumkan langkah untuk mempercepatkan tapering atau pengurangan pembelian bon. Pelabur juga ingin mengintai petunjuk untuk kenaikan kadar faedah yang dijangka akan dipercepatkan.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Khamis 11.00 Malam): Angka bacaan bagi data tinjauan untuk sektor perkhidmatan di AS juga turut dijangkakan menurun bagi bulan Disember ekoran risiko penularan coronavirus Omicron.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Selepas catat pertambahan pekerjaan yang lemah pada November, ekonomi AS dijangka akan kembali mencatatkan peningkatan semula untuk pertambahan pekerjaan di bulan Disember. Kadar pengangguran juga diramalkan menurun, memberi isyarat pemulihan sektor buruh di AS.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Sektor buruh diramal merosot di Kanada dengan pertambahan pekerjaan yang rendah sekitar 24,500 sahaja dijangka pada bulan Disember berbanding 153,700 pada November. Kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat