6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (5-9 Februari 2024)

866

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

ISNIN (5 Februari 2024):

PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam) – Selepas meneliti sektor pembuatan minggu lalu, pelabur akan memantau pula bacaan tinjauan bagi sektor perkhidmatan di Amerika di awal minggu ini. Bacaan terbaru diramalkan meningkat positif.

SELASA (6 Februari 2024):

Mesyuarat RBA (11.30 Pagi) – Bank pusat Australia dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.35% untuk mesyuarat pertama tahun 2024 ini. Namun kenyataan susulan bank pusat adalah penting untuk diperhatikan selepas pelabur memerhatikan bacaan kadar inflasi Australia yang lemah minggu lalu.

RABU (7 Februari 2024):

Laporan Pekerjaan New Zealand (5.45 Pagi) – New Zealand bakal melaporkan bacaan untuk sektor buruh bagi suku keempat 2023 dengan ramalan angka yang meningkat. Namun kadar pengangguran dibimbangi meningkat agak tinggi.

KHAMIS (8 Februari 2024):

Data Inflasi China (9.30 Pagi) – Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, bacaan data penting China boleh mempengaruhi pergerakan pasaran global. Ramalan untuk penurunan pada kadar inflasi terbaru bakal membuatkan pelabur berwaspada.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (9.30 Malam) – Bacaan mingguan untuk individu yang tidak bekerja di Amerika diperhatikan untuk menilai situasi semasa sektor buruh. Jangkaan untuk angka terbaru yang lebih rendah adalah baik untuk ekonomi.

JUMAAT (9 Februari 2024):

Laporan Pekerjaan Kanada (9.30 Malam) – Jumlah pertambahan pekerjaan di Kanada untuk Januari diramalkan catat peningkatan 15,000, lebih baik berbanding bulan sebelumnya. Manakala kadar pengangguran berkemungkinan naik kepada 5.9% daripada 5.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat