6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (6-10 Mei 2024)

648

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (7 Mei 2024)

Mesyuarat Polisi RBA (12.30 Tengahari) – Bank pusat Australia dilihat berdepan situasi serupa seperti Federal Reserve apabila kadar inflasi di negara itu turut catatkan angka yang meningkat semula. Kadar faedah dijangka akan masih dikekalkan, namun ucapan susulan oleh gabenor akan lebih menjadi keutamaan pelabur.

KHAMIS (9 Mei 2024)

Mesyuarat Polisi BOE (7.00 Petang) – Bank pusat England dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.25% dan undian kesemua ahli mesyuarat dijangka bersetuju untuk kadar terus dikekalkan.

Data Tuntutan Faedah Pengangguran AS (7.30 Petang) – Angka tuntutan faedah mingguan ini akan diperhatikan dengan perbezaan yang tidak jauh untuk beberapa bulan ini. Namun angka yang meningkat akan memberi isyarat negatif terhadap sektor buruh di Amerika.

JUMAAT (10 Mei 2024)

Data KDNK UK (2.00 Petang) – Pertumbuhan bulanan ekonomi UK bagi Mac dijangka seperti bulan sebelumnya untuk berkembang pada kadar 1.0%. Beberapa data lain yang diterbitkan bersama akan turut diperhatikan.

Data Pekerjaan Kanada (8.30 Malam) – Kanada dijangka menambah 20,900 pekerjaan pada bulan April setelah ekonomi kehilangan 2,200 pekerjaan bulan sebelumnya. Sementara, kadar pengangguran diramalkan meningkat daripada 6.1% kepada 6.2%.

Tinjauan UoM Sentimen Pengguna AS (10.00 Malam) – Data tinjauan oleh Universiti Michigan akan memaparkan angka bagi sentimen pengguna di Amerika dengan ramalan sedikit menurun berbanding bulan sebelumnya. Turut akan diterbitkan bersama tinjauan ramalan inflasi di Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat