7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (3-7 April 2023)

804

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Isnin 10.00 Malam): Sektor pembuatan di Amerika Syarikat masih berada di bawah paras angka yang menguncup. Bacaan tinjauan terbaru untuk bulan Mac juga dijangka masih kekal suram.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 12.30 Tengahari): Reserve Bank of Australia (RBA) dijangka akan mengekalkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas lagi minggu ini selepas mula memperlahankan kenaikan kadar yang agresif sejak Oktober tahun lalu.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Pasaran menjangkakan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mula memperlahankan kenaikan kadar faedah kepada 25 mata asas untuk mesyuarat terbaru ini, selepas masih mengekalkan kenaikan yang agresif sehingga mesyuarat terakhir pada Februari lalu.

Data Pekerjaan ADP AS (Rabu 8.15 Malam): Bakal menjadi petunjuk awal untuk laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu, pasaran akan menilai pertambahan pekerjaan untuk sektor swasta di AS bagi bulan Mac. Angka ramalan adalah lebih rendah berbanding bulan sebelumnya.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Selepas sektor pembuatan diperhatikan di awal minggu, tinjauan bagi sektor perkhidmatan di AS pula akan diberi tumpuan. Bacaan diramalkan masih kekal baik seperti beberapa bulan terbaru.

Data Pekerjaan Kanada (Khamis 8.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di Kanada pada Mac diunjur lebih rendah berbanding bulan sebelumnya sementara kadar pengangguran pula dijangka meningkat. Komponen-komponen data yang negatif akan memberi tekanan terhadap pergerakan mata wang dolar Kanada dalam pasaran.

Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Menjadi tumpuan utama pada penutup dagangan minggu ini, laporan data NFP AS penting untuk memberi bayangan terhadap keputusan penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed). Jangkaan besar Fed akan memperlahankan dasar setelah krisis perbankan yang melanda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat