7 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (4-8 Disember 2023)

773

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA – 5 DIS 2023

Mesyuarat Polisi RBA (11.30 Pagi): Bank pusat Australia pada mesyuarat terakhir tahun 2023 ini dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.35% setelah kenaikan 25 mata asas dilaksanakan pada mesyuarat November lalu. Pasaran akan meneliti petunjuk hala tuju dasar RBA untuk tahun 2024 pula.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam): Setelah diteliti data pembuatan minggu lalu, tinjauan terhadap data perkhidmatan Amerika pula akan menjadi tumpuan dengan jangkaan angka ramalan untuk November meningkat positif.

RABU – 6 DIS 2023

Data KDNK Australia (8.30 Pagi): Akan menjadi tumpuan bank pusat Australia, data pertumbuhan ekonomi untuk suku ketiga ini antara yang menjadi petunjuk dalam penetapan dasar monetari selanjutnya. Angka pertumbuhan yang kukuh menunjukkan ekonomi kekal berdaya tahan ketika berdepan dasar yang diperketatkan.

Data Pekerjaan ADP AS (9.15 Malam): Menjadi petunjuk awal yang akan diperhatikan pelabur, jumlah pertambahan pekerjaan swasta di Amerika akan memberi gambaran terhadap kesihatan sektor buruh untuk ekonomi terbesar dunia itu. Angka yang diramalkan meningkat untuk bulan November akan menjangkakan catatan yang positif pada data NFP di penghujung minggu.

Mesyuarat Polisi BOC (11.00 Malam): Keputusan mesyuarat bank pusat Kanada bakal memberi impak terhadap pergerakan mata wang Loonie. Kadar faedah diramalkan kekal tidak berubah di paras 5.00% seperti sebelum ini yang telah dikekalkan sejak Julai lalu.

JUMAAT – 8 DIS 2023

Data Pekerjaan NFP AS (9.30 Malam): Ini akan menjadi acara tumpuan minggu ini dan bakal menggegarkan pasaran pada penutup minggu. Laporan pekerjaan NFP akan diperhatikan dengan ramalan terhadap purata gaji dan pertambahan pekerjaan untuk November adalah meningkat. Namun, kadar pengangguran dijangka akan masih kekal di paras 3.9%.

Data Tinjauan Keyakinan Pengguna AS (11.00 Malam): Tinjauan Universiti Michigan terhadap isi rumah di Amerika boleh memberi gambaran terhadap perbelanjaan dan aktiviti ekonomi semasa. Angka yang meningkat boleh menyokong pergerakan positif US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat