7 Orang Ini Adalah Yang Paling Berpengaruh Dalam Dunia Kewangan Eropah! Kenal ke?

285

Bloomberg baru sahaja mengeluarkan senarai 50 orang paling berpengaruh dalam dunia kewangan.

Dalam senarai tersebut disenaraikan ahli Wall Street, ahli politik, gabenor bank dan juga pemimpin bisnes yang mencorakkan ekonomi dan menjalankan tugas menghadapi krisis ekonomi dan kacau bilau dalam politik.

Senarai tersebut merangkumi seluruh dunia dan fokus utama diberikan kepada Amerika Syarikat, sebagai negara nombor 1 dan yang terbesar dari segi ekonominya.

Pemimpin China juga dilihat mempunyai peranan yang besar dalam mencabar negara nombor 1.

Pun begitu terdapat 7 orang daripada Eropah berada dalam senarai tersebut dan senarai tersebut adalah seperti di bawah :

Margrethe Vestager
Margrethe Vestager

7. Margrethe Vestager – Vestager merupakan pegawai komisioner European Union yang berperanan penting dalam isu EU melawan Google dan Apple berkenaan dengan isu cukai.

Vladimir Putin
Vladimir Putin

6. Vladimir Putin – Presiden Russia ini ternyata merupakan salah seorang daripada lelaki yang sangat berkuasa di dunia mengepalai negara yang mempunyai sumber tenaga termasuk minyak mentah.

Mark Carney
Mark Carney

5. Mark Carney – Lelaki kelahiran Kanada ini memainkan peranan penting dalam ekonomi United Kingdom sebagai Gabenor Bank of England.

Sergio Ermotti
Sergio Ermotti

4. Sergio Ermotti – CEO UBS Switzerland ini satu-satunya ahli bank yang disenaraikan dan Ermotti sangat membantu UBS mencipta nama di Eropah.

Mario Draghi
Mario Draghi

3. Mario Draghi – Presiden ECB atau dikenali sebagai “lelaki yang menyelamatkan Euro”. Draghi adalah lelaki pertama yang menurunkan interest rate ke paras negatif.

Angela Merkel
Angela Merkel

2. Angela Merkel – Canselor Jerman wanita pertama yang memimpin Eropah dan menjadikan ekonomi Jerman sangat ke hadapan berbanding Itali dan Perancis.

Theresa May
Theresa May

1. Theresa May – Menggantikan David Cameron berikutan perletakan jawatannya kerana Brexit, May memegang tanggungjawab yang sangat penting untuk membawa UK keluar daripada EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat