“Sebelum ni spot BTC ETF, sekarang ramai berpusu-pusu failkan ETF untuk ETH pula.”
Tujuh syarikat pengurus aset memenuhi keperluan para pelabur dalam pasaran mata wang kripto telah bertindak memfailkan produk Dana Dagangan Bursa (ETF) Ethereum (ETH) di Amerika Syarikat (AS) termasuk perintis Volatility Shares.
Antara syarikat sertai perlumbaan menyenaraikan ETH ETF adalah Bitwise yang memfailkan permohonan untuk Bitwise ETH Strategy ETF kemudian Roundhill, VanEck, Grayscale dan diikuti dengan ProShares.
Suka dimaklumkan permohonan ETH ETF telah tercetus apabila pihak berkepentingan dalam pasaran kripto kini menjangkakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) akan meluluskan spot BTC ETF tidak lama lagi.
Sejak kebelakangan ini, kebanyakan syarikat pelaburan mula berminat memohon spot BTC ETF sejurus selepas BlackRock memfailkan rangka kerja untuk spot BTC ETF dalam beberapa bulan yang lepas.
Ramai percaya sudah tiba masanya untuk AS mengalu-alukan produk BTC ETF sendiri memandangkan terdapat fakta yang mengatakan bahawa Jerman, Brazil dan Switzerland sudah mempunyai perdagangan BTC ETF.
Sudah sedia maklum ProShares dan beberapa syarikat pengurus aset lain yang ingin melaksanakan produk BTC ETF berasaskan Niaga Hadapan telah diluluskan oleh SEC, tetapi perlu diketahui BTC ETF masih belum diluluskan dan ini telah jejaskan sentimen dalam masyarakat.
Bagaimanapun, penganalisis ETF Senior Eric Balchunas berkata bahawa peluang untuk spot BTC ETF diluluskan adalah sangat tinggi dan semua syarikat yang memohon produk itu dijangka akan dilancarkan pada hari sama ia lulus iaitu pada 16 Oktober 2023.
Pendirian SEC dan pentadbiran Presiden AS Joe Biden mungkin akan berubah pada masa hadapan susulan kehadiran BlackRock mempunyai kedudukan politik baik dan kukuh.