8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (10-14 Julai 2023)

558

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Inflasi China (Isnin 9.30 Pagi): Sebagai ekonomi kedua terbesar dunia, perkembangan ekonomi China semasa akan dipantau pelabur yang boleh memberi impak besar dalam pasaran kewangan. Sentimen pasaran global akan dinilai berisiko sekiranya kadar inflasi China catat kemerosotan.

Data Pekerjaan UK (Selasa 2.00 Petang): Tuntutan faedah pengangguran di UK diramalkan meningkat semula untuk bulan Jun sementara kadar pengangguran dijangka kekal di paras 3.8%. Laporan pekerjaan yang memberangsangkan akan menyokong langkah pengetatan dasar oleh bank pusat.

Mesyuarat Polisi RBNZ (Rabu 10.00 Pagi): Bank pusat New Zealand akan melangsungkan mesyuarat dasar monetari minggu ini dengan jangkaan keputusan kadar faedah adalah dikekalkan pada 5.50% seperti sebelum ini. Sejak kadar faedah berterusan dinaikkan sepanjang tahun lalu, ini adalah kali pertama kenaikan kadar bakal dihentikan oleh bank pusat.

Data Inflasi AS (Rabu 8.30 Malam): Menjadi indikator utama Federal Reserve (Fed) untuk penetapan dasar, data indeks harga pengguna AS akan diperhatikan pada minggu ini selepas laporan data pekerjaan NFP minggu lalu memberi impak besar dalam pasaran.

Mesyuarat Polisi BOC (Rabu 10.00 Malam): Bank pusat Kanada dijangka akan masih terus menaikkan kadar faedah pada mesyuarat terbaru selepas kejutan kenaikan kadar pada mesyuarat awal Jun lalu dalam usaha untuk menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Data KDNK UK (Khamis 2.00 Petang): Pertumbuhan bulanan ekonomi UK untuk Mei diramalkan sedikit merosot dan boleh memberi kesan penyusutan terhadap mata wang Pound menuju dagangan penghujung minggu.

Data Inflasi Pengeluar AS (Khamis 8.30 Malam): Indeks harga pengeluar (PPI) AS akan menyusuli data inflasi pengguna di mana boleh menjadi petunjuk awal menerusi penilaian harga dari kilang-kilang. Jika PPI meningkat, inflasi pengguna juga boleh meningkat pada masa akan datang.

Sentimen Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Tinjauan pada data terbaru ini mengunjurkan angka yang meningkat pada Julai. Bacaan data ini memberi gambaran tahap keyakinan kewangan pengguna dan boleh menjadi petunjuk terhadap perbelanjaan dan aktiviti ekonomi. Angka yang meningkat akan memberi kesan positif terhadap US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat