8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Januari 2024)

802

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (16 Januari 2024):

Data Pekerjaan UK (3.00 Petang) – Beberapa komponen pada laporan data pekerjaan UK akan diperhatikan selepas minggu lalu pasaran memerhatikan data pertumbuhan ekonomi negara itu. Bacaan data terbaru akan memberi petunjuk kepada bank pusat dalam menentukan hala tuju dasar monetari dan akan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.

Data Inflasi Kanada (9.30 Malam) – Kadar inflasi bulanan di Kanada dijangka alami penguncupan untuk Disember 2023. Laporan inflasi adalah penting menjadi sebagai indikator utama menentukan dasar bank pusat perlu diperketatkan atau dilonggarkan.

RABU (17 Januari 2024):

Data Keluaran Industri China (10.00 Pagi) – Bacaan tahunan pengeluaran perindustrian di China dijangka sedikit meningkat untuk penutup tahun lalu berkemungkinan memulihkan sentimen semasa pasaran. Beberapa data lain akan diterbitkan bersama termasuk Keluaran Dalam Negara Kasar dan jualan runcit.

Data Inflasi UK (3.00 Petang) – Beberapa penganalisis pasaran menjangka kadar inflasi di UK akan semakin menurun, namun dilihat masih lagi berada di paras tinggi pada 3.9% tahun lalu. Perbezaan ketara pada angka yang diterbitkan boleh beri impak terhadap Pound.

Data Jualan Runcit AS (9.30 Malam) – Kadar jualan di Amerika dijangka meningkat pada Disember ketika perbelanjaan pengguna rancak menjelang sambutan perayaan Krismas. Ini juga menjadi pendorong yang mempengaruhi peningkatan kadar inflasi semasa.

KHAMIS (18 Januari 2024):

Data Pekerjaan Australia (8.30 Pagi) – Berdasarkan laporan yang diterbitkan, bank pusat Australia akan menilai tahap kesihatan semasa sektor buruh berdasarkan dasar monetari yang diterapkan sebelum ini. Ini akan memberi petunjuk awal untuk sebarang perubahan bentuk dasar jika diperlukan melalui angka terbaru yang hadir.

JUMAAT (19 Januari 2024):

Data Jualan Runcit UK (9.30 Malam) – Kadar jualan runcit di UK diramalkan menguncup dengan agak ketara untuk bulan Disember lalu setelah pulih pada bulan sebelumnya dengan bacaan angka yang memberangsangkan.

Tinjauan Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Universiti Michigan akan menampilkan laporan untuk tinjauan keyakinan pengguna di Amerika dalam menilai tahap kewangan semasa. Tinjauan ini boleh memberi gambaran terhadap perbelanjaan dan aktiviti ekonomi di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat