8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 Januari 2024)

694

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (23 Januari 2024):

Mesyuarat Polisi BOJ (Sesi Asia) – Bank pusat Jepun dijangka untuk terus mengekalkan kadar faedah rendah di paras -0.10%. Ucapan oleh gabenor Kazuo Ueda akan diberi perhatian sebagai petunjuk bagi sebarang perubahan polisi terbaru untuk dasar monetari di awal tahun 2024 ini.

RABU (24 Januari 2024):

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (5.00 Petang) – Data di Jerman akan menjadi tumpuan sebagai ekonomi terbesar di Eropah, bacaan data bagi kedua-dua sektor ini akan menilai kesihatan semasa ekonomi untuk bulan pertama 2024.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (5.30 Petang) – Tidak banyak perubahan angka yang akan dijangkakan berbanding Disember lalu. Sektor perkhidmatan di UK diramalkan lebih baik berbanding pembuatan.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (10.45 Malam) – Ramalan terhadap data bagi kedua-dua sektor penting ini di Amerika untuk bulan Januari adalah sedikit merosot berbanding bulan sebelum ini. Angka perubahan yang lebih besar boleh memberi impak ketara terhadap pergerakan US dolar.

Mesyuarat Polisi BOC (10.45 Malam) – Bank pusat Kanada dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 5.00%. Adakah bakal ada petunjuk lebih jelas oleh bank pusat untuk dasar monetari berdasarkan data-data ekonomi terbaru yang telah diterbitkan sebelum ini?

KHAMIS (25 Januari 2024):

Mesyuarat Polisi ECB (9.15 Malam) – European Central Bank dijangka untuk menetapkan kadar faedah di paras 4.50%. Pelabur menantikan petunjuk seterusnya selepas bank pusat itu sebelum ini tidak memberi sebarang kenyataan jelas berkenaan langkah penurunan kadar faedah untuk tahun ini.

Data KDNK AS (9.30 Malam) – Turut menjadi antara data petunjuk buat Federal Reserve, pertumbuhan ekonomi Amerika akan dinilai untuk menentukan hala tuju penetapan dasar monetari. Pertumbuhan suku terakhir 2023 yang diramalkan menguncup boleh mendorong langkah untuk pelonggaran dasar dilaksanakan.

JUMAAT (26 Januari 2024):

Data Indeks Harga PCE AS (9.30 Malam) – Menjadi salah satu komponen data inflasi, indeks ini akan mengukur perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika. Peningkatan angka pada bacaan terbaru bakal mengurangkan lagi unjuran untuk langkah penurunan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat