8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (22-26 Mei 2023)

691

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (Selasa 4.00 Petang): Bacaan data yang diterbitkan ini turut memberi gambaran terhadap tahap kesihatan semasa ekonomi. Bacaan bagi bulan Mei kekal suram di Eropah, namun jika terdapat peningkatan yang positif akan memberi kesan terhadap lonjakan nilai Euro dalam pasaran.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (Selasa 4.30 Petang): Perkhidmatan di paras yang baik, namun bacaan bagi data pembuatan masih belum mencapai paras stabil di UK. Tiada perubahan yang ketara dijangkakan pada perbezaan mata yang bakal dicatatkan bulan ini.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (Selasa 9.45 Malam): Kedua-dua bacaan bagi sektor di AS dilihat masih berada di tahap yang memuaskan, di atas paras 50.0 mata. Bacaan yang lebih rendah daripada paras tersebut akan memberi tekanan terhadap mata wang US dolar.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat New Zealand (Rabu 10.00 Pagi): Pasaran akan memerhatikan langkah selanjutnya dalam penetapan dasar oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) minggu ini. Jangkaan kenaikan kadar adalah sebanyak 25 mata asas ke paras 5.50%.

Data Inflasi UK (Rabu 2.00 Petang): Selepas bank pusat England (BOE) menaikkan kadar faedah 2 minggu lepas, gabenor Andrew Bailey yakin bahawa kadar faedah akan mulai turun dengan pantas. Jangkaan kadar inflasi terbaru di UK diramalkan catat 8.2% berbanding 10.1% sebelum ini.

Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Butiran pada minit FOMC akan diperhatikan oleh pelabur untuk mendapatkan petunjuk yang lebih jelas dalam penetapan dasar selanjutnya. Pasaran dilihat masih belum yakin sepenuhnya bahawa Federal Reserve (Fed) benar-benar akan beralih ke arah pelonggaran polisi. Namun ada petunjuk awal oleh Pengerusi Jerome Powell di penutup minggu lalu.

Data Pertumbuhan Ekonomi AS (Khamis 8.30 Malam): Bacaan kedua bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di Amerika untuk suku pertama 2023 akan diterbitkan dengan ramalan angka kekal di paras 1.1% seperti sebelumnya.

Data Perbelanjaan Peribadi Pengguna AS (Jumaat 8.30 Malam): Bacaan data indeks PCE AS dilihat akan mempengaruhi pergerakan US dolar pada penutup minggu ini. Ramalan angka adalah kekal untuk April seperti dicatatkan bulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat