8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (27 Nov – 1 Dis 2023)

705

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA – 28 NOV 2023

Data Keyakinan Pengguna AS (11.00 Malam): Sesi New York awal minggu akan mula menggerakkan US dolar menerusi data tinjauan isi rumah di Amerika ini. Bacaan data untuk November dijangka sedikit menurun daripada bulan sebelumnya.

RABU – 29 NOV 2023

Data Inflasi Australia (8.30 Malam): Indeks harga pengguna akan menjadi petunjuk penting dalam penetapan dasar monetari. Pasaran akan menilai langkah yang diambil oleh bank pusat Australia apabila data diterbitkan, setelah baru-baru ini kenaikan kadar faedah terbaru dilaksanakan.

Mesyuarat Polisi RBNZ (9.00 Pagi): Bank pusat New Zealand dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50% pada mesyuarat terbaru minggu ini. Kenyataan susulan oleh gabenor akan diteliti untuk petunjuk hala tuju dasar monetari selanjutnya.

Data KDNK AS (9.30 Malam): Bacaan kedua untuk pertumbuhan ekonomi Amerika pada suku ketiga akan dinilai minggu ini setelah bacaan awal diterbitkan bulan lalu. Angka terbaru diramalkan meningkat dari 4.9% kepada 5.0%. Data ini juga merupakan salah satu indikator penting yang menjadi tumpuan bank pusat dalam penetapan dasar monetari mereka.

KHAMIS – 30 NOV 2023

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan China (9.30 Pagi): Bakal mempengaruhi sentimen pasaran global semasa, bacaan data sektor penting ekonomi kedua terbesar dunia ini akan diberikan perhatian oleh para pelabur. Perubahan ketara pada angka yang diterbitkan berbanding ramalan boleh memberi impak besar dalam pasaran.

Data Indeks Harga PCE AS (9.30 Malam): Salah satu komponen inflasi, data yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna di Amerika ini bakal memacu pergerakan US dolar menuju dagangan penghujung minggu. Bacaan bulanan dijangka catat angka lebih perlahan untuk Oktober.

JUMAAT – 1 DIS 2023

Data Pekerjaan Kanada (9.30 Malam): Berdasarkan ramalan pasaran, pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan Oktober adalah sekitar 18,500 sedikit melebihi bacaan bulan sebelumnya 17,500. Sementara, kadar pengangguran pula dijangka kekal di paras 5.7%.

Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (11.00 Malam): Data tinjauan untuk kedua-dua sektor penting di Amerika ini menjadi penutup untuk tumpuan dagangan minggu ini. US dolar dijangka akan memberi reaksi positif pada sesi terakhir berikutan ramalan angka yang sedikit meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat