8 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (30 Okt – 3 Nov 2023)

809

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Mesyuarat Polisi BOJ (Selasa): Keputusan mesyuarat polisi Bank of Japan pada minggu ini menjangkakan tiada perubahan pada kadar faedah. Namun, pelabur ingin mendapatkan petunjuk berkenaan langkah campur tangan dalam pasaran ketika nilai Yen didagangkan melepasi paras ¥150.00 berbanding US dolar minggu lalu.

Data Pekerjaan ADP AS (Rabu 8.15 Malam): Menanti laporan pekerjaan Amerika di penghujung minggu, pasaran akan meneliti dahulu angka pertambahan pekerjaan dalam sektor swasta. Ramalan angka yang meningkat untuk bulan Oktober boleh memberi isyarat positif kepada laporan NFP.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Rabu 10.00 Malam): Bacaan tinjauan terbaru bagi aktiviti pembuatan di Amerika untuk Oktober diramalkan tidak berubah seperti bulan sebelumnya.

Mesyuarat FOMC (Khamis 2.00 Pagi): Menjadi acara utama minggu ini, keputusan mesyuarat oleh Federal Reserve dinantikan. Majoriti pasaran menjangka kadar faedah dikekalkan 5.50% pada mesyuarat kali ini selain menunggu kenyataan oleh Pengerusi Jerome Powell berkenaan dasar monetari selanjutnya.

Mesyuarat Polisi BOE (Khamis 8.00 Malam): Bank of England dijangka akan mengekalkan kadar faedah di paras 5.25% dengan pasaran akan berteka-teki apakah langkah yang akan diambil untuk meneruskan dasar monetari. Undian ahli MPC menyaksikan 7 untuk kekalkan kadar faedah dan 2 yang mengundi untuk kadar faedah dinaikkan.

Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Menjadi salah satu indikator penting untuk bank pusat menentukan dasar monetari, data pekerjaan Kanada akan diperhatikan. Pertambahan pekerjaan pada Oktober diramal perlahan berbanding bulan sebelumnya, manakala kadar pengangguran dijangka meningkat.

Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Selepas lonjakan tinggi pada September, pertambahan pekerjaan di Amerika pada Oktober dijangka kembali perlahan semula. Purata pendapatan dijangka sedikit meningkat sementara kadar pengangguran diramal kekal di paras sama.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 10.00 Malam): Penutup dagangan minggu ini, tinjauan terhadap aktiviti perkhidmatan di Amerika diunjur tidak mencatatkan perbezaan angka yang ketara untuk Oktober yang masih kekal di atas paras stabil 50 mata seperti sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat