9 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (29 April – 3 Mei 2024)

714

Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

SELASA (30 April 2024)

Data PMI Pembuatan China (9.30 Pagi) – Sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia yang mempengaruhi pasaran global, data di China menjadi tumpuan dengan bacaan sektor pembuatan terbaru akan diteliti.

Data KDNK Kanada (8.30 Malam) – Pertumbuhan ekonomi Kanada akan memberi kesan dalam penetapan dasar oleh bank pusat. Namun, menjadi kebimbangan apabila angka ramalan untuk pertumbuhan Februari adalah lebih perlahan.

Data Indeks Kos Pekerjaan AS (8.30 Malam) – Untuk suku pertama 2024, kos perniagaan dan upah pekerja di Amerika dijangka meningkat semula ke paras 1.0% selepas penurunan kepada 0.9% sebelumnya.

Data Keyakinan Pengguna AS (10.00 Malam) – Pasaran akan menjangkakan tiada perubahan yang ketara terhadap angka tinjauan terbaru bagi isi rumah di Amerika untuk mengukur tahap kewangan pengguna yang menjadi petunjuk kepada perbelanjaan dan aktiviti ekonomi.

RABU (1 Mei 2024)

Data Pekerjaan ADP AS (8.15 Malam) – Pertambahan pekerjaan swasta pada bulan April di Amerika diramalkan lebih rendah berbanding bulan sebelumnya. Bacaan data akan menjadi petunjuk kepada NFP dan perbezaan angka yang ketara boleh berikan impak besar terhadap pergerakan mata wang US dolar.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Sektor pembuatan di Amerika berdasarkan tinjauan ISM menunjukkan ramalan yang menurun bagi April namun angka masih bertahan di atas paras sempadan 50 mata.

KHAMIS (2 Mei 2024)

Mesyuarat FOMC (2.00 Pagi) – Menjadi acara paling utama pada minggu ini, keputusan mesyuarat FOMC akan menentukan hala tuju pasaran yang seterusnya. Pasaran menjangkakan kadar faedah masih dikekalkan, namun petunjuk pada ucapan Pengerusi Jerome Powell akan menjadi perhatian penting.

JUMAAT (3 Mei 2024)

Data Pekerjaan NFP AS (8.30 Malam) – Sebagai salah satu kompas buat bank pusat, sektor buruh dinilai. Selepas laporan yang cemerlang sebelum ini, pertambahan pekerjaan di Amerika untuk April dijangka sedikit perlahan namun kadar pengangguran dan purata pendapatan diramal kekal di paras yang sama.

Data PMI Perkhidmatan AS Tinjauan ISM (10.00 Malam) – Tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan Amerika meramalkan angka bacaan yang meningkat menunjukkan perkembangan baik bagi sektor penting tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat