Acara Halving BTC Selesai, Tapi Kenapa Reaksi Harganya Hambar?

1,407

“Haih macam mana pelabur tak pening kalau harga BTC pun pening tak tahu nak pegi mana.”

Acara halving Bitcoin (BTC) yang paling dinanti-nantikan ramai orang akhirnya selesai pada Sabtu lepas, tetapi pergerakan ditunjukkannya agak mengecewakan apabila harganya hanya melihat pendakian secara perlahan-lahan sehingga $65,688.

Hal ini kerana BTC sudah mencapai paras baharu sepanjang masa dalam beberapa bulan sebelum halving berbanding sebelum ini harganya ke ATH untuk beberapa bulan sejurus selepas peristiwa tersebut berlaku.

Jadi di sini dapat dilihat kadar inflasi BTC telah berkurangan apabila langkah ke arah bekalan maksimum 21 bilion berterusan dan setakat ini, lebih daripada 19.5 juta telah mining kemudian meninggalkan kurang 1.5 juta lagi untuk diwujudkan.

Menurut Eric Balchunas, penganalisis ETF Bloomberg Intelligence berkata bahawa spot BTC ETF terbesar di Amerika Syarikat (AS) BlackRock semasa Sabtu lepas didapati berjaya mencatatkan 69 hari aliran masuk tanpa ada satu hari pun aliran keluar.

Bagaimanapun, penganalisis di JPMorgan dan Deutsche Bank berpendapat impak halving kebanyakannya dikaitkan dengan BTC semasa dan tidak mungkin terdapat pergerakan naik yang besar dalam harga selepasnya.

Kesan jangka pendek halving juga mungkin terhad pada sektor mining BTC sahaja, oleh itu pergerakan consolidation boleh berlaku apabila kadar hash keseluruhan mengalami penurunan disebabkan penyusutan keuntungan.

Memang tidak dinafikan situasi selepas halving agak mengecewakan, tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Crypto.com Kris Marszalek meramalkan harga BTC bakal menyaksikan prestasi yang hebat dalam masa enam bulan akan datang.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 1.09% pada paras $64,791 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 1.06% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat