Ada Harapan Ke GOLD Nak Naik?

1,917

Harga emas kekal di bawah tekanan pada hari Rabu dengan didagangkan di sekitar paras harga$1,730 per auns, di tengah-tengah jangkaan yang meningkat bahawa hasil perbendaharaan AS akan menokok lebih tinggi berikutan pelaksanaan rangsangan ekonomi yang besar.

Spot emas diniagakan mendatar pada $1,731 per auns menjelang pembukaan sesi Eropah, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan negatif pada $1,729 per auns (2.30 petang waktu Malaysia).

Penanda aras hasil perbendaharaan AS turun untuk hari keempat berturut-turut setelah melonjak ke paras tertinggi satu minggu pada akhir minggu lalu, tetapi masih tinggi hampir di tahap 1.4%.

Pengukuhan ini menyebabkan dagangan logam kuning emas terbatas daripada meningkat lebih tinggi dari paras terendah 8 setengah bulan yang dicapainya semalam pada $1,707 per auns.

Para pelabur kini menantikan kemajuan dalam perbahasan terhadap rang undnag-undang pakej rangsangan $1.9 trilion yang akan mula dibincangkan pada minggu ini.

Pakej rangsangan sepatutnya menyokong kenaikan harga emas yang dilihat sebagai lindung nilai kepada inflasi. Namun, pergerakan ketara dalam hasil bon kerajaan juga akan melemahkan logam berharga itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat