Adakah BoE Akan Melaksanakan Pakej Rangsangan Tambahan? Ini Padangan Gabenor Ben Broadbent!

288

Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan seperti adakah BoE dapat melaksanakan pakej rangsangan tambahan? Pada hari ini, wakil Gabenor Dasar Monetari, Ben Broadbent telah menyatakan pandangan bahawa Bank of England (BoE) berkemungkinan dapat melaksanakan dasar pelonggaran tambahan untuk masa mendatang.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BOE telah memilih untuk mengekalkan kadar faedah pada paras terendah pada 0.1% pada Khamis lalu. BoE telah menurunkan kadar faedah sejak wabak Covid-19.

Tambah Broadbent, jawatankuasa MPC bersedia untuk mengambil apa sahaja tindakan yang penting walaupun risiko yang besar terpaksa diambil. Namun beliau menyatakan terdapat kemungkinan bahawa lebih banyak pakej rangsangan diperlukan dari masa ke semasa.

Sebelum ini BoE telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 2 kali dan dalam masa yang sama mengumumkan pelonggaran kuantitatif (QE) baru sebanyak 200 bilion pound ($ 247.55 bilion), menjadikan program pembelian bon berjumlah £ 645 bilion.

Menurut Broadbent potensi untuk meningkatkan rangsangan akan memberi kesan terhadap kemampuan bank memberi pinjaman. Terdapat kemungkinan bahawa bahawa MPC akan membuat keputusan untuk menurunkan kadar serendah yang mungkin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat