Adakah ECB Akan Meningkatkan Pelonggaran Monetari Pada Bulan Jun Nanti?

254

Bank Pusat Eropah dilihat bersedia sepenuhnya untuk memberikan lebih banyak rangsangan seawal pada bulan Jun bagi menyokong ekonomi yang dijangka menyusut 1/10 pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19.

ECB telah melancarkan senarai panjang mengenai langkah-langkah termasuk pembelian bon dan pinjaman yang bernilai 1.1 trillion euro pada kadar negatif untuk mengurangkan kemelesetan ekonomi. Walaubagaimanapun, pembuat dasar masih risau bahawa langkah-langkah ini tidak mencukupi.

Berdasarkan kenyataan ECB, Governing Council telah siap sepenuhnya untuk meningkatkan Skim Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) dan menyesuaikan komposisinya. Berdasarkan maklumat terkini, ECB menilai bahawa skala rangsangan adalah kurang daripada sepatutnya.

Para penganalisis menjangkakan bahawa ECB akan meningkatkan pembelian bon sebanyak 375 juta euro pada bulan Jun dan ada yang menjangkakan peningkatan sehingga 750 juta euro.

Pada bulan Jun ini, penggubal dasar akan mengetengahkan isu penurunan penarafan gred pelaburan. Menurut penggubal dasar, jumlah bon yang telah diturunkan gred adalah semakin meningkat. ECB sudah menerima bon yang dikategorikan tidak bernilai sejak April 7.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat