Adakah FOMC Mampu Merubah Pergerakan Matawang Utama Ini Dengan Drastik Awal Pagi Nanti?

32

US Dollar mendekati paras tertinggi dalam tempoh seminggu berbanding matawang yang lain pada Rabu menjelang mesyuarat FOMC minggu ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.19 peratus kepada 101.64.

Pelabur dijangka akan meneliti minit mesyuarat Fed kali ini bagi jangkaan kenaikan kadar seterusnya pada tahun ini.

Selepas menaikkan kadar pada Disember lalu, Fed meletakkan unjuran kenaikan sebanyak tiga kali lagi pada tahun ini.

Namun begitu, menurut Fed Rate Monitor Tool, hanya 25 peratus trader yang menjangkakan kenaikan kadar akan diumumkan seawal bulan Mac.

Permintaan terhadap US Dollar juga terus disokong berikutan komen pegawai Fed baru-baru ini yang mengharapkan kenaikan kadar yang lebih tinggi.

Dalam sesi ini juga, matawang tunggal Zon Eropah merosot dengan EUR/USD menurun sebanyak 0.33 peratus pada tahap yang paling lemah sejak 11 Januari manakala GBP/USD meningkat sebanyak 0.16 peratus kepada 1.2488.

Sesi Eropah turut menyaksikan kelemahan Dollar berbanding Yen dengan USD/JPY menggelongsor sebanyak 0.29 peratus kepada 113.34.

Goldman Sachs Suarakan Kebimbangan Terhadap Satu Isu Yang Menganggu Pasaran Ini. Nak Tahu Apa?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat