Adakah Hasrat Rusia Tubuhkan Exchanger Kripto Nasional Bakal Tercapai?

86

Jika negara lain berlumba-lumba mengembangkan atau meneroka mata wang kripto, Rusia juga enggan ketinggalan di belakang dalam melakukan pembaharuan besar.

Penggubal undang-undang Rusia dilaporkan sedang mengusahakan pindaan dalam melancarkan exchanger kripto nasional yang disokong oleh Kementerian Kewangan dan Bank Pusat Rusia.

Sungguhpun kedua-dua pihak tersebut sebelum ini mempunyai pandangan yang berbeza mengenai peraturan kripto, Kementerian Kewangan dan Bank Pusat Rusia kini telah membuka matanya untuk membantu Rusia menjadi hab kripto.

Diperjelaskan, ahli dewan rendah parlimen Rusia, Duma dan pihak berkepentingan pasaran telah berbincang tentang pindaan undang-undang kripto negara yang merangkumi rangka kerja perundangan berkaitan exchanger nasional tersebut bagi dibentangkan kepada bank pusat.

Menciap daripada ketua Jawatankuasa Pasaran Kewangan Duma, Anatoly Aksakov, cadangan bagi menubuhkan exchanger kripto nasional Rusia di Moscow Exchange telah diutarakan oleh beliau pada bulan Jun.

Oleh demikian, Moscow Exchange tanpa membuang masa bertindak merangka rang undang-undang bagi pihak bank pusat dalam membenarkan aset kewangan digital diperdagangkan.

Sementara itu, Duma telah memperkenalkan rang undang-undang yang dapat membolehkan pelbagai pihak melakukan perlombongan (mining) kripto atau penjualan aset digital tersebut.

Meskipun peraturan mata wang Rusia tidak akan diaplikasikan untuk sebarang transaksi, namun ia tetap harus dilaporkan kepada perkhidmatan cukai Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat