Adakah Houbi Dalam Bahaya? Bursa Ini Akhirnya Dedahkan Kedudukan Kewangan Terkini Mereka!

582

Pertukaran mata wang kripto yang berpangkalan di Seychelles, Huobi, menjadi pertukaran aset digital terbaharu yang tampil untuk cuba meredakan kebimbangan pengguna dengan mendedahkan bukti rizab mereka pada baru-baru ini. Dilaporkan bahawa bursa kripto mempunyai kira-kira 32,000 BTC, 274,000 ETH, dan 820 juta USDT stablecoin, serta 9.7 bilion token TRX.

Selain mendedahkan nilai dolar AS bagi aset digital yang dipegang iaitu $3.5 bilion, Huobi turut berkongsi petikan senarai alamat tempat dana itu disimpan. endedahan Huobi mengenai pegangan aset digital datang hanya dua hari selepas FTX, dituduh menyalahgunakan dana pelanggan kripto dan memfailkan kebankrapan.

Dalam satu kenyataan, Huobi, yang telah diperoleh oleh dana pembelian About Capital pada bulan Oktober, mencadangkan bahawa pendedahan sedemikian membantu meyakinkan pengguna. Sebelum Huobi mendedahkan bukti rizabnya, bursa kripto lain seperti Binance, Crypto.com, Deribit, Kucoin dan Okx semuanya telah memberikan bukti rizab (POR) masing-masing.

“Untuk meningkatkan lagi keyakinan pengguna dan mempercepatkan usaha kami dalam meningkatkan ketelusan, kami sedang berusaha untuk melaksanakan satu lagi audit Merkle Tree Proof of Reserves dengan pihak ketiga dalam masa 30 hari,” kata bursa kripto itu dalam satu kenyataan.

Rentetan kejadian yang berlaku pada bursa FTX, Huobi antara syarikat yang terpalit sama. Yang menjadi mangsa ialah nak syarikat pembrokeran Huobi, Hbit Limited. Syarikat yang berpangkalan di Hong Kong telah mendedahkan bahawa ia tidak dapat mengeluarkan mata wang kripto bernilai $18.1 juta yang disimpan dalam FTX.

Daripada jumlah dana yang tersekat dalam FTX, $13.2 juta adalah aset pelanggan berdasarkan permintaan dagangan mereka, manakala selebihnya, $4.9 juta, adalah milik Hbit. Pengumuman rasmi menyatakan bahawa syarikat itu akan berhubung dengan penasihat undang-undang untuk mendapatkan semula aset kripto dan menjalankan langkah yang sesua

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat