Adakah Inflasi Cukup Kukuh Untuk ‘FOMC’ Menaikkan Kadar Faedah?

75

Data harga pengguna (inflasi) US yang lemah minggu ini akan menyebabkan pelabur semakin hilang keyakinan kepada tiga kali kenaikan kadar tahun ini.

Data petunjuk inflasi pilihan The Fed awal tahun ini menunjukkan isyarat yang berpotensi menembusi pergerakan mendatar sejak lima tahun lalu bagi mencapai sasaran inflasi 2%. Hal ini adalah disebabkan keyakinan terhadap rangsangan fiskal yang dibawa oleh Trump.

Jika dilihat daripada tiga bulan pertama 2017, bacaan personal consumption expenditure (pce) tidak jauh beza dengan dua bulan terakhir ini. Pasaran cuma dilihat bimbang dengan kejatuhan -0.1% pada April lalu (bulan ke bulan) yang merupakan kejatuhan pertama sejak lebih daripada sedekad lepas.

Inflasi di beberapa ekonomi utama dunia juga dilihat semakin melemah. Pada Khamis, ECB menurunkan ramalan inflasi mereka sehingga 2019.

Pergerakan rendah harga memberi kesan negatif kepada ekonomi di mana perniagaan tidak dapat menaikkan harga untuk barangan dan perkhidmatan, trend gaji mendatar dan hasil pelaburan yang rendah.

Hasil bon kerajaan US mencapai paras terendah tujuh bulan lalu, dan perbezaan antara hasil bon jangka panjang dan pendek semakin mencapai perbezaan terkecil sejak November di mana ada beberapa pelabur berpendapat trend ini akan berubah tidak lama lagi.

Pelabur masih melihat Federal Reserve akan menaikkan kadarnya pada Khamis. Namun pasaran kini akan melihat sama ada bank pusat lebih yakin dengan ekonomi di masa hadapan. Adakah data-data ekonomi yang perlahan sejak akhir-akhir ini hanya sementara? seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat