Bank Negara Malaysia bersedia untuk menyalurkan kemudahan yang berterusan demi memastikan pasaran forex yang lebih teratur, memandangkan pasaran pertukaran wang asing (forex market) yang masih terbuka di Malaysia.
Dalam kenyataannya lagi, BNM turut memberi amaran kepada semua bank agar tidak melibatkan diri dari melakukan apa-apa transaksi yang boleh dikaitkan dengan aktiviti non-deliverable forward (NDF) Ringgit di offshore.
BNM turut mengulangi bahawa Ringgit bukanlah matawang yang bersifat antarabangsa. Justeru, perdagangan tukaran Ringgit di offshore adalah tidak diiktiraf oleh BNM.
Menurut BNM lagi, bank-bank juga harus mengambil langkah untuk menguatkuasakan peraturan sedia ada untuk larangan tersebut.
Buat masa sekrang, BNM juga menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa perubahan dalam Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (FEA) mahupun pengenalan langkah baru. Pun begitu, bank pusat itu turut mengingatkan semua trader untuk mematuhi peraturan FEA yang sedia ada.
Dalam masa yang sama, BNM juga menggesa orang ramai, termasuk pengurus asset untuk menghubungi bank berlesen di Malaysia bagi mendapatkan nasihat dan melaksanakan apa-apa urus niaga forex.
Menurut BNM lagi, Malaysia akan terus mengalu-alukan pelaburan forex dengan menyediakan ruang untuk berurusniaga dan perlindungan nilai. Kenyataan itu dikeluarkan apabila pasaran forex tempatan menerima tamparan hebat dengan kejatuhan nilai ringgit Jumaat lepas.
Dagangan NDF Ringgit juga meroket ke dalam rekod tertinggi sebanyak RM4.587 berbanding US Dollar berikutan jualan Ringgit secara besar-besaran pada pagi Jumaat lalu.
Bank-bank juga mendapati kesukaran untuk menilai harga USD/RM. BNM juga tidak membenarkan bank untuk meletakkan harga bagi pair tersebut selepas ditutup, melepasi harga RM4.2802 pada Khamis.
Tekanan pada Ringgit juga terus meningkat selepas jangkaan terhadap kenaikan kadar oleh Fed.
Presiden baru Amerika Syarikat, Donald Trump juga dijangka mengambil langkah seperti pemotongan cukai bagi merangsang perbelanjaan pengguna. Justeru, Fed juga akan mengenakan dasar kewangan yang ketat untuk mengimbangi dasar fiskal yang semakin meluas.
Ringgit Jatuh Sebanyak RM4.53 Berbanding US Dollar Minggu Lepas