Adakah Ini Tanda-Tanda Harga Daging Pula Nak Naik?

163

Perkembangan pesat dan peningkatan pendapatan di negara China telah membuatkan syarikat Silver Fern Farms berpangkalan di New Zealand sungguh yakin terhadap pelaburannya di negara tersebut.

Menurut Simon Limmer, Ketua Eksekutif Silver Fern Farms menyatakan bahawa China adalah pasaran terbesar pengeluar daging ekoran rakyatnya lebih berminat membeli daging babi, ayam, itik dan daging lembu.

Tambahnya lagi, permintaan sumber daging yang tinggi oleh rakyat China telah memberi ruang kepada negara tersebut mengembangkan lagi pasaran ke fasa seterusnya.

Buktinya, China merupakan negara terpenting di negara New Zealand bagi kategori produk selepas menjadi pengimport terbesar daging merah New Zealand.

Melalui data Pentadbiran Am Kastam pada bulan Ogos, China mengimport 658,000 tan daging yang meningkat sebanyak 2.4% setiap bulan manakala import daging lembu meningkat 1% bulan ke bulan kepada 273,000 tan.

Sementara itu, China mengimport 1.70 juta tan daging lembu dalam lapan bulan pertama dengan meningkat 12% setiap tahun.

Data kastam pula menunjukkan bahawa negara tersebut mengimport 4.10 juta tan daging bernilai AS$17 bilion (RM80 bilion) pada bulan Januari sehingga Julai.

Oleh demikian, purata harga import daging mencecah AS$4,156 (RM19,616) setan, iaitu 27.6% lebih tinggi berbanding tahun 2021.

Dalam pada itu, China yakin dengan pasaran penggunaan daging merah dan menggalakkan rakyatnya mendapatkan bahan-bahan makanan berkualiti tinggi, ulas ketua ekonomi di firma pemasaran Interpublic Group China, Bo Wenxi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat