Adakah Ini Tanda-Tanda Untuk GBP/USD Melonjak Kembali?

635

Pelabur mula melihat potensi untuk matawang Pound Sterling kembali mendapatkan rentak pengukuhan semula dalam pasaran setelah bergerak lemah pada minggu-minggu sebelum ini.

Hal ini adalah didorong oleh rancangan skim pekerjaan kecemasan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan UK Rishi Sunak semalam bertujuan untuk membantu kerajaan dalam menyokong pekerja yang terkesan dengan krisis pandemik.

Skim tersebut akan menampung 3 perempat daripada pendapatan normal untuk 6 bulan bermula November depan. Pengumuman tersebut adalah sebahagian daripada rancangan besar untuk melindungi ekonomi sehingga musim sejuk.

Oleh itu, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pada khamis semalam tidak meneruskan siri penurunan yang telah dipamerkan sejak awal minggu.

Harga dilihat bergerak lebih mendatar semalam di atas paras sokongan 1.26900 dan kenaikan harga juga dilihat tidak berjaya tembus lebih tinggi dari paras 1.27600 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Namun, kenaikan harga yang melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga itu, berkemungkinan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

US dolar juga mula kehilangan momentum menuju dagangan penghujung minggu selepas pengukuhan ketara dipamerkan sejak Isnin.

Sekiranya harga masih meneruskan penurunan, zon support 1.26700-1.26400 akan diuji sebelum penurunan harga ke paras lebih rendah akan berlaku berkemungkinan mencecah paras tumpuan 1.25000.

Sebaliknya, jika harga paparkan kenaikan semula, zon SBR sekitar julat harga 1.28500-1.29000 akan menjadi tumpuan utama. Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut dijangkakan akan menuju resistance 1.3000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat