Adakah Ini Waktu Yang Sesuai Fed Untuk Turunkan Kadar? Fed Kashkari Tampil Beri Pandangan!

393

Ekonomi yang berdaya tahan dan kadar faedah neutral yang berkemungkinan membawa isyarat bahawa Federal Reserve Amerika Syarikat boleh mengambil masa, dengan risiko yang lebih rendah terhadap pemulihan ekonomi yang sedang berlangsung, sebelum memutuskan untuk mengurangkan kadar faedah berdasarkan ucapan Presiden Federal Reserve Minneapolis, Neel Kashkari, yang diterbitkan pada hari Isnin.

Inflasi sedang membuat “kemajuan pesat” menuju sasaran 2% Fed disebabkan oleh peningkatan dalam bekalan buruh, barang, dan perkhidmatan, kata Kashkari. Walaupun mungkin terdapat beberapa tanda kelemahan ekonomi,namun begitu pada ketika didapati pertumbuhan berterusan dan pengangguran yang rendah.

“Data ini membawa saya untuk mempertanyakan sejauh mana tekanan ke bawah dasar kewangan sedang berlaku”  ke atas ekonomi, walaupun kadar faedah tinggi membantu mengekalkan jangkaan inflasi, katanya. ”

Justeru berdasarkan faktor-faktor berikut, ia secara tidak lansung memberikan masa kepada para penggubal dasar dalam menilai data ekonomi akan datang sebelum mula menurunkan kadar faedah dana persekutuan, dengan risiko yang kurang bahawa dasar kewangan yang terlalu ketat akan menghentikan pemulihan ekonomi,” lanjut beliau.

Pada mesyuarat dasar Fed minggu lalu, kadar faedah dibiarkan tidak berubah pada julat semasa 5.25% hingga 5.5%. Walau bagaimanapun, bank pusat Amerika Syarikat menyatakan mereka akan bersedia untuk menurunkan kadar rujukan setelah mendapatkan lebih banyak keyakinan bahawa inflasi akan terus melambat.

Perdebatan dalam minggu-minggu akan datang akan berpusat di sekitar sama ada data yang masuk membantu membina lebih banyak keyakinan tentang haluan inflasi, dan bagaimana jenis pengiraan risiko yang disebutkan oleh Kashkari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat