Adakah Jerome Powell Akan Berdegil Naikkan Kadar Faedah?

615

Masih ingatkah kalian?

Dua minggu lalu, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi amaran bahawa bank pusat itu mungkin perlu menaikkan kadar faedah lebih tinggi dan cepat daripada dijangkakan.

Ekoran itu, pasaran menjangkakan Fed akan melaksanakan peningkatan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat dasarnya bulan ini.

Pun begitu dalam masa beberapa hari sahaja, jangkaan tersebut berubah secara drastik!

Semuanya angkara kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank Amerika Syarikat yang telah mencetuskan kebimbangan baharu terhadap perbankan dan ekonomi dunia.

Hal ini kerana, bank-bank tersebut tidak mampu lagi menanggung beban daripada tindakan agresif Fed dalam menaikkan kadar faedah.

Akibatnya, pelabur kembali meletakkan jangkaan untuk kenaikan yang lebih kecil dalam kadar faedah Fed, atau mungkin mengekalkannya tidak berubah.

Untuk membiarkan kadar faedah tidak berubah mungkin sukar buat bank pusat itu memandangkan inflasi di AS masih lagi tinggi, yang kini berada pada 6%.

Jadi apa pilihan yang Fed ada?

Kebarangkalian paling kuat buat masa ini adalah meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas.

Apa akan jadi jika Fed tetap menaikkan kadar 50 mata asas?

Ini mungkin akan membawa kepada kehancuran selanjutnya dalam sektor perbankan AS dan global, atau lebih buruk lagi menjejaskan ekonomi secara keseluruhan.

Bagaimanapun, pelabur masih perlu berhati-hati terhadap sebarang kejutan yang mungkin akan dibuat oleh Fed.

Jadi, apa jangkaan anda untuk keputusan Fed nanti?

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat