Adakah Kenaikan GBP/USD Akan Tamatkan Siri Penurunan Harga Minggu Lalu?

1,009

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga menunjukkan kenaikan pada awal minggu ini berpotensi untuk menamatkan siri penurunan harga 4 hari berturut-turut minggu lalu.

Pengukuhan buat matawang Pound disokong oleh laporan Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk mengumumkan pelonggaran sekatan pergerakan di UK.

Namun, pelabur kekal berwaspada terhadap risiko rundingan Brexit EU-UK yang masih kurang meyakinkan walaupun perbincangan minggu lalu berakhir dengan sentimen positif.

Sementara US dolar pula bergerak lemah sejak sesi Asia bermula hari ini berikutan pemulihan pada sentimen pasaran berisiko minggu lalu dengan penurunan pada kes jangkitan di US dan Beijing.

Turut memberi tekanan buat dagangan US dolar pada minggu ini adalah ramalan penyusutan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat bagi suku pertama 2020.

Harga pada carta GBP/USD membuat kenaikan dari paras terendah 3 minggu sekitar support 1.23400 hampir 100 pips lebih tinggi pada dagangan bersambung pada sesi Eropah.

Harga juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal kemungkinan perubahan trend akan berlaku.

Jika harga terus membuat kenaikan, paras tumpuan 1.25000 pada zon SBR (support become resistance) akan diuji sebelum harga membuat keputusan arah pergerakan selanjutnya.

Kenaikan yang diteruskan bakal menuju semula zon penting seperti pada 1.26500 dan seterusnya zon resistance 1.28000.

Namun jika harga kembali menyambung penurunan harga pada minggu lalu, harga akan terus mencatatkan paras terendah terbaru berkemungkinan menuju zon support 1.22500.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat