Adakah Kenaikan Harga Emas Hanya Sementara?

646

Pembukaan pasaran sesi Eropah memperlihatkan dagangan emas mula menunjukkan kenaikan setelah didagangkan mendatar ketika sesi sebelum ini.

Dengan dagangan US dolar yang mula memaparkan penurunan, logam berharga itu diniagakan meningkat di sekitar paras harga $1,948 per auns, sementara niaga hadapan menokok pada $1,955 per auns (3.37 petang waktu Malaysia).

Dagangan logam kuning itu sebelum ini menyusut berikutan laporan mengenai Food and Drug Administration (FDA) yang meluluskan permohonan kecemasan penggunaan plasma secara meluas sebagai rawatan kepada jangkitan coronavirus di Amerika Syarikat.

Perkhabaran positif ini bukan sahaja telah mendorong kenaikan dalam pasaran saham di sesi Asia dan pembukaan sesi Eropah, malah turut memacu niaga hadapan S&P500 ke paras tertinggi sejak Februari.

Namun begitu, dagangan emas kemudiannya menunjukkan peningkatan pada awal sesi Eropah walaupun tiada pemangkin jelas yang boleh merangsangkan kenaikan logam berharga itu.

Kenaikan ini mungkin didorong oleh kewaspadaan pelabur terhadap peningkatan berterusan kes baru Covid-19 yang ditunjukkan di beberapa negara, terutama di Sepanyol, Perancis dan Jerman.

Tumpuan pasaran kini terarah kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang bakal berlangsung di simposium Jackson Hole pada 27 Ogos yang akan menyentuh mengenai Kajian Rangka Kerja Dasar Monetari Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat