Adakah Kerajaan Madani Akan Laksanakan Semula GST?

223

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) merupakan cukai nilai tambah yang telah mula diwujudkan di Malaysia pada April 2015.

Kemudiannya, kerajaan Malaysia yang bertukar pada masa itu membentangkan rang undang-undang untuk memansuhkan GST untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 31 Julai 2018 dan diganti dengan Cukai Jualan atau Perkhidmatan (SST) pada September 2018.

Kini, terdapat lebih 160 negara telah melaksanakannya dan hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja negara Asean yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut.

Sejak kebelakangan ini, muncul ura-ura bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula GST kerana ia mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding cukai SST yang digunapakai pada masa ini.

Menurut Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli berkata kerajaan tidak akan mengambil langkah dalam mewujudkan semula GST kerana pendapatan rakyat masih belum mencapai tahap gaji progresif. Penetapan cukai secara menyeluruh kepada semua rakyat akan lebih membebankan mereka.

Katanya lagi, pihak kerajaan dalam usaha untuk ‘menjejak’ pihak yang cuba lari daripada membayar cukai bagi menutup ruang kecacatan dalam memulihkan semula ekonomi negara.

Selain itu, Rafizi juga berkata pelaksanaan sistem pembayaran cukai di negara maju lebih teratur. Berbeza di Malaysia, ramai pihak yang ‘terlebih mampu’ di negara ini mencari seribu satu langkah bagi mengelak untuk membayar cukai.

Walaupun Malaysia di antara negara yang mengutip hasil kutipan cukai terendah di Asia, ia tidak akan menjadi sebab yang kukuh bagi kerajaan dalam melaksanakan GST semula.

Dalam mewujudkan semula GST, ia memerlukan ketelitian dengan lebih mendalam dan mempertimbangkan setiap sudut sebelum membuat keputusan. Lagipun, kutipan cukai SST di negara ini tidak jauh beza nilainya dengan GST.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat