Adakah Masa Depan Metaverse Selamat Di Tangan Zuckerberg?

167

‘Ramai masih belum ketahui krisis terbesar Meta Platform sejak tukar nama dari Facebook.’

Setahun selepas penjenamaan semula Facebook Inc kepada Meta Platform Inc, syarikat akhirnya menghadapi krisis besar pertamanya dengan pentadbiran Presiden Joe Biden menuduh ia cuba mendominasi pasaran metaverse.

Menurut peraturan antitrust yang dikemuka Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC), pembelian Meta terhadap firma aplikasi realiti maya (VR) Within Inc akan mencipta ‘monopoli’ pasaran maya sekaligus masa depan metaverse.

Ekoran itu FTC pada Julai telah bertindak menyaman Meta Platform dan meminta injuksi awal perintah hakim untuk menghentikan transaksi pembelian Within Inc.

Bagi mempertahankan diri, peguam yang mewakili Meta iaitu Abby Dennis mengatakan pembidaan terhadap Within Inc adalah sebahagian usaha mempelbagaikan pelanggan dan pengguna VR.

Within Inc yang yang popular dengan aplikasi kecergasan VR, Supernatural tampak bersetuju dengan pembelian Meta Platform itu berdasarkan aspirasi ‘bullish’ Mark Zuckerberg tentang tema kecergasan industri tersebut.

Malah, peguam Meta dan Within sendiri juga menyifatkan FTC tidak membuat tugasan baik dalam melindungi pasaran metaverse sambil mengatakan industri itu bukan sahaja berfokuskan kepada tema kecergasan VR semata-mata.

Dennis juga mempertikai kredibiliti FTC untuk memahami rancangan aplikasi kecergasan VR Meta, selain memandang rendah pada persaingan dalam industri maya seperti Apple Inc atau Alphabet Inc dan ByteDance Ltd.

Sungguhpun begitu, dokumen dalaman Meta pada 2021 mendedahkan bahawa syarikat merancang untuk memperolehi pembangun-pembangun VR sebelum ‘dikanibal’ pesaing lain.

Dokumen sama juga mencadangkan Zuckerberg menekankan kepada Rade Stojsavljevic, pengurus studio pembangun aplikasi VR Meta, untuk lebih ‘agresif’ sebagai tindak balas kepada produk headphone keluaran Apple.

Ijmalnya, satu pihak dilihat sedang cuba mempertahankan pasaran maya daripada dimanipulasi oleh satu syarikat sementara sebelah lagi berusaha untuk mengembangkan pengaruhnya dalam dunia metaverse.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat