Adakah Pergerakan Mendatar Harga Pada EUR/USD Hari Ini Bakal Menyambung Penurunan Lebih Rendah?

834

Sentimen USD pada dagangan penghujung minggu dilihat positif berbanding matawang utama yang lain ekoran isyarat dovish oleh bank-bank pusat utama dengan jangkaan penurunan pada unjuran pertumbuhan ekonomi selepas pertumbuhan perlahan pada suku tahun keempat pada 2018.

Peningkatan nilai matawang dolar Amerika Syarikat itu juga turut didorong oleh faktor hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat yang kembali meningkat dari paras terendah 15 bulan pada kejatuhan sebelum ini.

Namun turut menjadi perhatian adalah kepada perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China pada hari ini yang akan turut mempengaruhi dagangan USD.

Sementara itu pula, Euro kekal diniagakan lemah dalam pasaran dengan spekulasi bank pusat Eropah akan memperkenalkan kadar deposit secara berperingkat dan dengan itu juga memberikan isyarat bahawa kadar faedah berkemungkinan akan terus kekal berada di paras yang rendah untuk jangka masa yang agak panjang.

Jika diperhatikan pula pada pergerakan harga chart pasangan matawang EUR/USD, harga pada dagangan Khamis semalam menunjukkan penurunan harga dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Dagangan terus bersambung pada sesi Asia hari ini melihatkan harga bergerak perlahan dan mendatar di bawah paras Magic Pivot 1.1232 hari ini sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Jika harga terus menyambung siri penurunan, jangkaan destinasi tumpuan seterusnya adalah pada sekitar support 1.1184 (MagicS2) untuk harga terus mencari paras terendah yang baru pada EUR/USD.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras SBR (support become resistance) pada 1.12700 bakal diuji harga semula sebelum paras resistance pada 1.1300 (MagicR3) akan menjadi tumpuan pada kenaikan seterusnya.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk menentukan paras support dan resistance terbaik setiap hari.

Paras support: 1.1204, 1.1104, 1.1156.

Paras resistance: 1.1252, 1.1280, 1.1300.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat