Adakah Perjanjian Pasca Brexit Boleh Dicapai Dalam Tempoh Yang Ditetapkan?

351

Rundingan Brexit kini berdepan dengan ujian yang sangat besar berikutan Perdana Menteri UK Boris Johnson telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat coronavirus, sementara pegawai perunding utama dari kedua-dua belah pihak pula ada yang dijangkiti dan sedang mengkuarantinkan diri.

Setelah meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada 31 Januari, PM Johnson telah bertekad untuk keluar daripada peraturan EU secara rasmi dalam tempoh peralihan dan menetapkan tarikh akhir untuk mencapai perjanjian perdagangan bebas iaitu sehingga 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, kini timbul pula persoalan sama ada Britain boleh memenuhi matlamat mereka sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, malah negara anggota EU juga kini berdepan dengan pertikaian antara semasa mereka, lebih-lebih selepas Jerman menolak untuk meluluskan bon korona yang bertujuan membantu negara terjejas akibat COVID19 seperti Itali dan Sepanyol.

Tarikh 31 Jan menandakan permulaan tempoh peralihan di mana UK tetap menjadi anggota pasaran tunggal EU dan memulakan rundingan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan yang baru. Semasa tempoh peralihan, UK tidak akan mempunyai hak mengundi mengenai perkara EU, tetapi masih terikat oleh peraturan EU.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini oleh PM Johnson, sekiranya perjanjian perdagangan tidak dicapai menjelang akhir tahun 2020, UK akan meninggalkan pasaran tunggal tanpa perjanjian, dan perlu kembali kepada peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Pendirian PM Johnson untuk mendapatkan perjanjian dalam tempoh itu telah menimbulkan keraguan di kalangan penganalisis dan juga ahli EU, malah ia dikatakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mencapai ke arah itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat