Keadaan Bertambah Buruk, PM Johnson Dipindahkan Ke ICU!

911

Matawang pound terus menyusut berbanding US dolar dan euro susulan Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas simptom coronavirus yang dialami beliau bertambah buruk.

PM Johnson yang dimasukkan ke hospital pada malam Ahad (waktu UK) telah menjalani beberapa ujian selepas mengalami simptom yang berterusan, termasuk suhu badan yang tinggi setelah 10 hari disahkan positif coronavirus.

Selain itu, PM Johnson telah mengarahkan Setiausaha Luar Dominic Raab untuk membantunya dalam urusan negara.

Beliau dikatakan berada dalam keadaan sedar apabila dipindahkan ke ICU. Pasukan perubatan PM Johnson membuat keputusan untuk memindahkannya ke unit itu sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia memerlukan ventilator, menurut Downing Street.

Matawang pound didagangkan di sekitar paras $1.2234 pada sesi Asia hari ini, menyusuli 0.3% penurunan pada hari sebelumnya sejak PM Johnson dilaporkan dimasukkan ke hospital. Sementara berbanding euro, pound jatuh 0.19% dan diniagakan di sekitar paras harga 88.30.

Di sisi lain, dolar Aussie menjadi tumpuan utama pasaran hari ini yang menantikan keputusan mesyuarat polisi monetari oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang dijangkakan akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25%.

Sentimen pasaran bertambah baik, dipacu oleh tanda-tanda kes coronavirus di Eropah yang dilihat semakin perlahan dan ini memperlihatkan penurunan dalam permintaan terhadap US dolar, namun agak terhad.

Indeks dolar menyusut 0.10% berbanding enam matawang utama dan diniagakan pada 100.70. Sementara berbanding yen, US dolar diniagakan mendatar menjelang pengisytiharan darurat oleh kerajaan Jepun pada hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat