Adakah Risiko Geopolitik yang Sedang Menguasai Pasaran Global Turut Memberi Kesan Kepada Komoditi Hitam?

67

Harga minyak mentah meningkat pada Isnin dalam sesi Eropah serta menghampiri paras tertinggi dalam tempoh sebulan walaupun kebimbangan terhadap risiko geopolitik masih menguasai pasaran komoditi ini.

Brent mentah yang menjadi penanda aras bagi minyak antarabangsa meningkat sebanyak 39 sen atau 0.69 peratus kepada $55.61 setong di ICE Futures Exchange, London.

Dalam sesi ini juga, minyak mentah AS diniagakan pada $52.55 setong, meningkat sebanyak 32 sen atau 0.63 peratus daripada sesi sebelum ini.

Harga minyak mencecah paras tertinggi dalam satu bulan pada Jumaat gara-gara serangan peluru berpandu di sebuah pangkalan udara Syria yang menimbulkan kebimbangan jika konflik di rantau pengeluar minyak itu semakin berleluasa.

Kedua-dua minyak mentah dan Brent telah meningkat lebih daripada 3 peratus minggu lepas sekali gus mencatatkan lonjakan buat minggu kedua berturut-turut.

Namun begitu, kenaikan ini masih diteliti oleh kebanyakan trader memandangkan peningkatan jumlah pengeluaran syal di AS dikhuatiri boleh menjejaskan usaha oleh pengeluar utama yang lain dalam mengurangkan lebihan bekalan global.

Pembekal perkhidmatan medan minyak Baker Hughes berkata pada Jumaat bahawa bilangan pelantar di AS meningkat semula ke tahap yang tertinggi sejak September 2015.

Pelabur pasaran ketika ini bagaimanapun kekal optimis bahawa Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan melanjutkan perjanjian semasa dengan pengeluar non-OPEC untuk mengurangkan pengeluaran melebihi separuh pertama tahun ini bagi mengimbangi semula pasaran.

Satu jawatankuasa bersama menteri OPEC dan non-OPEC dijangka akan bertemu pada akhir April bagi membentangkan langkah selanjutnya terhadap perjanjian tersebut. Keputusan muktamad pula akan diambil pada 25 Mei nanti.

China Bakal Menawarkan Akses Perdagangan yang Lebih Baik Kepada AS : Financial Times

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat