China Bakal Menawarkan Akses Perdagangan yang Lebih Baik Kepada AS : Financial Times

29

China akan menawarkan akses pasaran yang lebih baik kepada pentadbiran Trump bagi sektor kewangan dan eksport daging lembu segar AS bagi membantu mengelakkan perang perdagangan terhadap kedua-dua negara terbabit.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Financial Times dari sumber yang boleh dipercayai.

China juga dilaporkan telah bersedia untuk menaikkan siling pelaburan di dalam perjanjian dua hala antara AS dan China dan menamatkan pengharaman import daging lembu import AS.

Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross berkata pada Jumaat bahawa Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju untuk melancarkan pelan 100 hari bagi rundingan perdagangan pada hari Jumaat.

Jabatan Perdagangan kedua-dua negara bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai hal ini.

Ketegangan Geopolitik Masih Mempengaruhi Pergerakan Matawang Sesi Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat