Ketegangan Geopolitik Masih Mempengaruhi Pergerakan Matawang Sesi Ini!

43

US Dollar memulakan minggu ini dengan dagangan tertinggi dalam tempoh tiga minggu berbanding matawang utama yang lain selepas bank pusat AS terus menunjukkan komitmen untuk menaikkan kadar.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain kali terakhir dinilai melonjak sebanyak 0.1 peratus selepas mencapai tahap tertinggi sejak 15 Mac lalu.

Sebelum ini, Presiden Fed, William Dudley berkata bahawa Fed berkemungkinan untuk menaikkan kadar, dalam masa yang sama mengecutkan portfolio bon sebanyak $4.5 trillion bagi memberi sedikit keredaan kepada rancangan kenaikan kadar oleh bank pusat.

Menurut ketua strategi matawang di Mizuho Securities, Masafumi Yamamoto berpendapat bahawa jangkaan kenaikan kadar memberi sokongan buat US Dollar.

Pasaran juga sedang meneliti perkembangan perang saudara di Syria berikutan serangan peluru berpandu AS minggu lalu ke atas pengkalan udara negara terbabit yang juga menambah permintaan kepada asset safe-heaven seperti matawang Yen.

Pelancaran peluru berpandu itu dianggap sebagai serangan balas gara-gara penggunaan senjata kimia ke atas orang awam oleh tentera Presiden Bashar al-Assad. Mogok tersebut secara tidak langsung mendapat kritikan daripada Russia dan sekutu AS.

Yamamoto juga berpendapat bahawa risiko geopolitik sememangnya memberi faktor positif buat Yen. Bagi Euro, sentimen matawang dinilai tidak stabil menjelang pilihanraya presiden Perancis.

US Dollar menambah 0.3 peratus kepada 111.40 Yen.

Sementara itu, Euro didagang merosot sebanyak 0.1 peratus selepas menyentuh paras terendah sejak 9 Mac lalu.

Dollar Australia pula didagang merosot sebanyak 0.2 peratus kepada $0.7482 selepas kali terakhir menyentuh paras $0.7474 pada bulan Januari.

Adakah Pengukuhan Emas Ini Bersifat Sementara?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat