Adakah Pengukuhan Emas Ini Bersifat Sementara?

48

Harga emas dinilai sedikit meningkat pada awal sesi Asia gara-gara ketegangan geopoltik yang menjadi tumpuan utama pasaran ketika ini.

Emas bagi penghantaran Jun didagang meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada $1,256.45 satu troy ounce di Comex New York Merchantile Exchange. Dalam masa yang sama, silver futures menyusut sebanyak 0.11 peratus kepada $17,973 satu troy ounce manakala copper futures kali terakhir dinilai pada 2.643 sepound.

Dalam minggu ini, Janet Yellen dijadual akan menyampaikan ucapan di University of Michigan bagi mendapatkan isyarat terkini mengenai kenaikan kadar akan datang. Disamping itu, pelabur bakal meneliti cadangan pengubahsuaian balance sheet bank terbabit terutamanya selepas data yang agak lemah daripada sektor pekerjaan diumumkan Jumaat lepas.

Minggu lepas, harga emas berundur daripada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada Jumaat apabila pengukuhan US Dollar memberi tekanan kepada logam berharga.

Emas mula menyerahkan keuntungan kepada US Dollar walaupun data pekerjaan dilapor mengecewakan apabila para pelabur terus memberikan fokus kepada rancangan Fed untuk mengetatkan dasar monetari yang selanjutnya.

Sektor pekerjaan AS melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS menambah 98,000 pekerjaan pada bulan lalu iaitu angka yang paling rendah sejak Mei sebelum ini berbanding ramalan pertumbuhan pekerjaan sebanyak 180,000. Kadar pengangguran pula ditandakan menurun ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun.

Pengukuhan US Dollar secara lazimnya memberi tekanan buat emas kerana ia melembapkan rayuan logam tersebut sebagai asset alternatif dan menjadikan harga komoditi kuning lebih mahal untuk dimiliki.

Berita Ini Memberi Sedikit Kelegaan Kepada Pasaran Minyak Mentah Sesi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat