Berita Ini Memberi Sedikit Kelegaan Kepada Pasaran Minyak Mentah Sesi Ini

54

Harga minyak didagang mengukuh pada hari Isnin apabila disokong oleh permintaan yang kukuh dan ketidaktentuan politik di Syria walaupun pertambahan aktiviti penggerudian minyak mentah di AS masih mengganggu pengukuhan minyak mentah.

Brent mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa didagang pada $55.28 setong, meningkat 4 sen daripada paras yang dicatat sebelum ini.

WTI mentah pula didagang menaik sebanyak 10 sen pada $52.34 setong.

Peniaga minyak mentah mendakwa bahawa harga komoditi ini telah disokong oleh permintaan yang kukuh dan ketidaktentuan politik berikutan serangan peluru berpandu AS ke atas Syria pada minggu lalu.

Menurut ANZ Bank, kadar permintaan dan ketidaktentuan politik semasa meletakkan pasaran komoditi hitam di dalam keadaan yang seimbang.

Walau bagaimanapun, satu lagi laporan kenaikan penggerudian minyak AS untuk minggu ke 12 berturut-turut kepada 672 pelantar dan angka tertinggi sejak Ogos 2015 telah mengganggu dagangan komoditi hitam ini minggu lepas.

Kadar output yang melambung tinggi di Amerika Syarikat yang menghantui pasaran ketika ini masih diimbangi dengan usaha OPEC untuk memotong jumlah bekalan agar minyak mentah dapat dikurangkan dan menyokong kenaikan harga pada separuh pertama tahun 2017.

Pengeluar di luar Amerika Syarikat juga mendapat manfaat daripada usaha OPEC ini contohnya eksport minyak Brazil yang telah melonjak sebanyak 65 peratus sejak Februari 2016, ke paras tertinggi melebihi 1.46 juta tong sehari.

Selain itu, Consultancy Wood Mackenzie menganggarkan eksport akan meningkat hampir 1 juta tong sehari, meningkat daripada paras 798,000 tong sehari yang dicatat pada tahun lepas.

Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Jepun Masih dalam Trend Sederhana : Haruhiko Kuroda

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat