Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Jepun Masih dalam Trend Sederhana : Haruhiko Kuroda

94

Pada Isnin, Gabenor Bank of Japan, sekali lagi mengulangi keazaman bank pusat terbabit untuk mengekalkan rangsangan monetari secara besar-besaran sehingga mencapai sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

Menurut Kuroda dalam mesyuarat suku tahunan pengurus cawangan serantau bank pusat, ekonomi Jepun dinilai pulih di dalam trend sederhana. Unjuran akan datang juga dikatakan akan melalui pengembangan yang sederhana.

Di bawah rangka kerja dasar yang baru dilancarkan September lepas, BoJ sekarang kekal meletakkan kadar faedah jangka pendek pada paras negatif 0.1 peratus. Dalam masa yang sama, kadar hasil bon kerajaan bagi tempoh 10 tahun juga kekal pada paras sifar peratus melalui pembelian asset secara agresif.

Semua Data dan Sentimen Penting yang Akan Mempengaruhi Trading Sepanjang Minggu Ini! (10-14 April 2017)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat