Adakah US DOLAR Akan LEMAH Apabila Pengerusi The Fed Yang Baru Diumumkan?

71

Pasaran tukaran matawang (forex) bahkan pasaran kewangan keseluruhannya sedang fokus kepada calon Pengerusi The Fed yang baru selepas penggal Janet Yellen berakhir pada Februari 2018. Presiden Trump dilaporkan akan mengumumkan siapakah calon pilihannya dalam masa terdekat iaitu sebelum 3 November.

Lima calon tersebut adalah Janet Yellen sendiri yang telah memegang jawatan sebagai pengerusi bank pusat selama empat tahun, Jerome Powell seorang gabenor The Fed sejak tahun 2012, Kevin Warsh alumni Universiti Harvard yang juga bekas gabenor The Fed, John Taylor pula penganalisis ekonomi di Universiti Stanford dan calon terakhir adalah Gary Cohn penasihat ekonomi Trump.

Apakah kesan kepada US Dolar jika mereka dipilih?

Jerome Powell

Powell menghabiskan kariernya dalam syarikat pengurusan dana ekuiti dan mengaut keuntungan berjuta-juta dollar. Beliau adalah ahli The Fed terkaya dalam kalangan rakan-rakannya dalam bank pusat US. Powell juga adalah seorang yang centrist‘ dalam penetapan polisi monetari yang bermaksud sering mempunyai pendirian yang sama dengan majoriti ahli The Fed yang lain khususnya dalam undian penetapan polisi. Beliau dilihat sebagai seorang yang sama karakternya dengan Janet Yellen dan pemilihan beliau sebenarnya kurang menolak US dolar untuk mengukuh.

John Taylor

John Taylor adalah seorang penganalisis ekonomi di Universiti Stanford dan beliau dilihat sebagai lebih hawkish berbanding Yellen. Pemilihan beliau berpotensi untuk mengukuhkan US dolar. Pemilihan Taylor sebagai pengerusi The Fed juga berpotensi mengganggu pasaran kerana sifatnya yang lebih hawkish dalam polisi monetari. Beliau juga beberapa kali menggesa The Fed menaikkan kadar faedah walaupun inflasi masih di paras rendah.

Kevin Warsh

Kevin Warsh pernah dilantik sebagai gabenor The Fed pada 2006 dan hal ini dilihat agak kontroversi kerana pada masa itu beliau masih lagi muda berbanding gabenor yang lain. Sebagai gabenor, beliau adalah rakan baik kepada bekas pengerusi The Fed, Ben Bernanke dan bersama-sama dalam berhadapan krisis kewangan 2008. Beliau juga mengkritik program pembelian bon yang dijalankan oleh Fed pada tempoh tersebut yang menunjukkan beliau adalah seorang yang hawkish. Pemilihan beliau sebagai pengerusi The Fed dijangka akan mengukuhkan US dolar.

Janet Yellen

Janet Yellen merupakan pengerusi The Fed ketika ini, dan Presiden Trump juga mempertimbangkan untuk melanjutkan penggal beliau sebagai pengerusi. Setakat ini, jika mengikut pengalaman, beliau adalah calon paling layak untuk terus mengemudi bank pusat US. Namun, disebabkan sifat beliau yang centrist dan kurang hawkish, pemilihan semula Yellen dijangka akan kurang menolak US dolar lebih tinggi di masa akan datang.

Gary Cohn

Gary Cohn adalah calon yang paling tidak berpotensi untuk dipilih sebagai pengerusi The Fed. Walaupun beliau adalah bekas Presiden Bank Goldman Sach, salah satu bank komersil terbesar dunia, namun beliau kurang pengalaman dalam polisi monetari dan juga teori makroekonomi. Disebabkan krisis beliau dengan Trump sebelum ini, Cohn dijangka tidak akan dipilih dan atas sebab beliau sekarang adalah penasihat ekonomi Presiden US.

 

Dapatkan buku analisis fundamental & teknikal di sini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat