Adidas Tamatkan Kerjasama Dengan Kanye West

221

Kolaborasi antara Adidas Yezzy dan Kanye West telah diletakkan di bawah pemantauan atas tindakan selebriti tersebut yang telah menimbulkan sentimen negatif terhadap isu perkauman.

Adidas memaklumkan bahawa kesemua produk kolaborasi mereka bersama penyanyi rapper tersebut akan ditarik daripada jualan mereka dengan serta merta.

Hal ini berlaku disebabkan tindakan Kanye West (Ye) yang tampil dengan memakai t-shirt yang bertulisan “White Lives Matter” di acara Paris Fashion Week lalu.

Terdahulu, frasa “Black Lives Matter” digunakan secara meluas di seluruh dunia selepas kematian George Floyd yang maut disebabkan sikap rasis pegawai polis berkulit putih terhadap orang berkulit hitam di Minneapolis, Amerika Syarikat pada 2020.

Sejak kejadian itu, frasa tersebut telah menjadi satu gerakan politik dan sosial yang mengetengahkan insiden rasis yang telah dialami oleh orang-orang berkulit hitam.

Ye juga telah memuat naik komen yang berunsur anti sematik di akaun Twitternya.

Penarikan jualan produk kolaborasi tersebut akan mengakibatkan Adidas mengalami kerugian bersih sebanyak £217 million pada tahun 2022.

Sebelumnya juga, Ye telah melemparkan tuduhan terhadap Adidas bahawa mereka telah mencuri rekaannya pada akaun Instagramnya.

Dalam kenyataan Adidas pada Selasa lau, mereka menyatakan bahawa Adidas sama sekali tidak menyokong sebarang ucapan berunsur kebencian terhadap mana-mana pihak termasuk unsur anti sematik.

Akaun Instagram dan Twitter milik Kanye West telah pun digantung dan perniagaan perkongsiannya bersama jenama-jenama lain turut terjejas.

Jenama-jenama besar seperti Gap dan Balenciaga telah memutuskan hubungan bersama Ye.

Tidak terkecuali, agensi pencarian bakat, Creative Artist Agency dan syarikat filem dan televisyen, MRC juga melakukan tindakan yang sama terhadap Ye.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat