Aduh! Data NFP Semakin Parah Dengan Tersasar Jauh Dari Sasaran!

1,310

Laporan terkini daripada Jabatan Buruh sebentar tadi melaporkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat A.S hanya mampu menambah bilangan pekerjaan yang jauh lebih sedikit daripada yang disasarkan pada bulan Disember. Pada bulan lalu, A.S telah berhadapan dengan lonjakan kes positif Covid-19.

Bacaan data NFP hanya mampu meningkat sebanyak 199,000 manakala kadar pengangguran jatuh kepada 3.9%. Data ini jauh tersasaran dari sasaran yang dijangkakan oleh para pakar ekonomi yang mensasarkan pertambahan pekerjaan 422,000 dan kadar pengangguran pada 4.1%.

Angka-angkah itu adalah hasil daripada kesan penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan pada bulan Disember apabilah lebih daripa setengah juta kes Covid-19 setipa hari. Kebanyakkan mereka terjangkiti varian Omicron yang dikhuatiri mengancam pemulihan ekonomi pada 2022.

Walaupun pertumbuhan berkurangan sepanjang musim panas, ahli ekonomi menjangkakan bahawa KDNK meningkat dengan mendadak pada akhir tahun, dengan Atlanta Fed mensasarkan pertumbuhan 6.7%.

Disisi lain, inflasi terus bertumbuh pada kadar yang pantas dengan bacan tertinggi sejak hampir 40 tahun. Waima dengan data dikeluarkan, terdapat beberapa pembuat dasar melihat pasaran pekerjaan menghampiri guna tenaga penuh. Akibatnya, bank pusat telah menyatakan ia akan mula memperlahankan bantuan yang telah diberikan kepada ekonomi sejak wabak itu bermula.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut lepas sebanyak 0.22% kepada paras dagangan 96.112 selepas laporan dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat