Aduh! Emas Tersungkur Lebih Jauh

1,668

Harga emas tergelincir lebih jauh apabila pelabur melepaskan pegangan terhadap aset safe-haven ekoran sentimen pasaran yang bertambah baik.

Ini diperlihatkan dengan kejatuhan emas ke paras terendah $1,945 per auns, sebelum kembali stabil pada sekitar harga $1,960 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Pada hari Isnin, Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC) mengumumkan First Citizens BancShares akan memperoleh deposit dan pinjaman Silicon Valley Bank (SVB).

Hal ini telah membantu meredakan sedikit kekhuatiran pasaran terhadap krisis perbankan global dan mendorong pelabur beralih ke aset berisiko.

Kegagalan SVB awal bulan ini telah mencetuskan kebimbangan meluas dalam pasaran, menyebabkan emas mendapat manfaat dengan melonjak ketara ke paras harga $2,000.

Bagaimanapun, pengukuhan tersebut kembali memudar, menyaksikan logam kuning itu memadamkan hampir sebahagian keuntungannya sejak krisis bermula.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat