Aduh! GOLD Buat U-Turn Pulak

1,131

Emas kembali memadamkan beberapa keuntungannya pada sesi Asia hari ini selepas melonjak tinggi ketika sesi terdahulu.

Spot emas didagangkan suram pada sekitar harga $1,960 per auns (ketika penulisan), susut dari paras tertinggi sekitar $1,970 yang dicapainya semalam.

Logam kuning itu telah menyertai dagangan komoditi yang lain untuk meningkat tinggi pada hari Isnin.

Namun, pengukuhan tersebut gagal dikekalkan apabila US dolar kembali menguat pada awal dagangan hari Selasa. 

USD mengukuh selepas tinjauan Federal Reserve (Fed) menunjukkan bank Amerika Syarikat melaporkan piawaian kredit yang lebih ketat dan permintaan pinjaman lemah daripada kedua-dua perniagaan dan pengguna pada suku kedua.

Ini menunjukkan bukti bahawa langkah kenaikan kadar agresif oleh bank pusat itu memperlahankan keadaan kewangan negara seperti yang diharapkan.

Menjadi tumpuan pasaran hari ini adalah data PMI pembuatan tinjauan ISM AS yang dijangka terus mencatat penguncupan pada bulan Julai.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat