Aduh! Saham Nvidia Lakukan Terjunan Berbahaya

776

Saham Nvidia merosot pada hari Jumat dengan syarikat tersebut dilaporkan menangguhkan pelancaran cip kecerdasan buatan baru untuk China dimana ia direka untuk mematuhi sekatan eksport AS.

Saham Nvidia merudum kira-kira 2.4% dalam perdagangan pra-pasaran. Ini rentetan laporan Reuters, yang merujuk kepada dua sumber, yang melaporkan bahawa Nvidia memberitahu pelanggan China bahawa mereka akan menangguhkan pelancaran cip kecerdasan buatan yang direka untuk mematuhi peraturan eksport AS sehingga suku pertama tahun depan.

Cip baru  yang dipanggil H20, ditangguhkan disebabkan masalah yang dihadapi pengeluar dalam mengintegrasikan semikonduktor ke dalam produk mereka. Nvidia setakat ini tidak memberikan ulasan mengenai perkara ini.

Pada bulan Oktober, kerajaan AS telah memperketatkan sekatan eksport cip kecerdasan buatan untuk China. Peraturan-peraturan itu membataskan eksport cip A800 dan H800 milik Nvidia. Semikonduktor ini juga direka khas untuk China.

Selain daripada H20, Nvidia juga bersiap sedia untuk melancarkan dua cip yang mematuhi peraturan eksport yang dipanggil L20 dan L2.

Walaupun Nvidia melaporkan minggu ini bahawa pendapatan dalam suku September telah bertambah, syarikat itu memberi amaran bahawa jualan di kawasan yang terjejas oleh sekatan eksport akan menyebabkan pendapatany merosot dalam suku semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat