Aduhai! Inflasi UK Naik Lagi, Macam Mana Ni BOE?

305

Kadar inflasi UK tanpa dijangka terus menunjukkan peningkatan pada bulan Januari yang pastinya bakal meningkatkan lagi tekanan buat Bank Pusat England (BOE) untuk menaikkan kadar faedah lebih agresif pada bulan depan.

Data daripada Pejabat Statistik Negara (ONS) menunjukkan bahawa indeks harga pengguna (CPI) UK meningkat ke paras tertinggi terbaharu 30 tahun pada 5.5%. Angka ini melebihi jangkaan untuk tidak berubah daripada bacaan pada bulan sebelumnya, 5.4%.

Lonjakan harga tenaga yang lebih tinggi merupakan penyumbang utama kepada peningkatan inflasi UK setakat ini, meskipun masalah gangguan rantaian global juga meningkatkan harga barangan lain.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) pula meningkat kepada 4.4% daripada 4.2% pada bulan sebelumnya, dan juga lebih dari unjuran pasaran untuk kenaikan 4.3%.

Inflasi UK telah melonjak tinggi daripada paras hanya 0.4% setahun yang lalu dan mendorong BOE untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak dua kali sejak pandemik bermula.

Catatan terbaharu ini dilihat akan terus menggerakkan BOE untuk bertindak memerangi inflasi dengan lebih agresif. Pelabur kini melihat peluang kenaikan sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi bulan depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat