Agihan Pendapatan ASB dan ASN 2016 Merosot

100

Amanah Saham Nasional Berhad iaitu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 ini.

Menurut Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu Tan Sri Abdul Wahid Omar, peruntukan tersebut memberi manfaat buat 9 juta pemegang unit daripada 143 billion unit ASB yang ditawarkan. Pembayaran agihan itu juga membabitkan bayaran sebanyak RM10.3 Billion.

Dalam majlis yang sama, ASB turut mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi pemegang unit skim Amanah Saham Nasional.

Menurut Abdul Wahid lagi, 2016 merupakan tahun yang mencabar kerana indeks saham utama iaitu FBM KLCI telah mencatatkan junaman terhadap pulangan keseluruhan saham sebanyak -1.7 peratus pada 30 November lalu.

PNB turut menjangkakan ketidaktentuan pasaran ini akan berlanjutan bagi tahun 2017.

Bagaimanapun, PNB tetap optimis dalam memberikan pulangan berbaloi buat pemegang unit.

Agihan pendapatan pada tahun ini juga menunjukkan penurunan daripada yang pernah dicatat pada tahun lalu iaitu sebanyak 7.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit.

Semua urusniaga pendapatan bagi ASB dan ASN akan ditangguhkan daripada 22 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017 bagi tujuan pengkreditan pendapatan dan akan bermula semula pada 3 Januari 2017 depan.

Pengkritik Hebat Amalan Perdagangan China Telah Dilantik Menjadi Orang Kuat Trump!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat